Nur Hati

Oleh ariewarna
2002-07-31 09:29:55

Deprecated: preg_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in /home/server/mymasjid.net.my/modules/articles/article.display.php on line 51



Abu Darda r.a. memberitakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. bersabda:

Tiada seorang hamba yang mengucapkan LAA ILAAHA ILLALLAH sebanyak 100 kali melainkan Allah s.w.t. membangkitkannya pada hari kiamat dengan wajah yang bercahaya seperti cahaya bulan purnama dan tiadalah amalan seseorang pada hari itu yang lebih utama daripada amalannya, melainkan orang yang mengerjakan sepertinya atau melebihinya.

Keterangan : Beberapa ayat dan hadis telah menyatakan bahawa LAA ILAAHA ILLALLAH adalah merupakan sumber cahaya bagi hati dan juga wajah manusia. Telah di buktikan oleh kenyataan bahawa ulama-ulama yang mengamalkannya berterusan maka cahaya wajah mereka itu jelas kelihatan. Sedangkan mereka itu masih berada di dunia ini.

Amal dan sampaikan.....Insya'Allah.

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my