Borak-borak Fikir-fikir....

Oleh Zana.
2003-06-04 09:06:14

Deprecated: preg_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in /home/server/mymasjid.net.my/modules/articles/article.display.php on line 51
Kalau wang anda bertimbun sabanyak berjuta

Dan anda bermegah-megah dengan wang anda yang mewah itu…..

Namun kesemuanya tidak akan anda angkut kedalam kubur anda nanti….

Cuma amalan kebajikan, anak yang soleh dan ilmu yang bermanfaat menjadi bekalan anda nanti.

Dan jika timbangan dosa anda lebih daripada timbangan pahala anda….

Maka bersedialah menerima azab daripada Malaikat Malik di sangkar Neraka.

Dan jika timbangan pahala anda lebih daripada timbangan dosa anda…

Maka bergembiralah kerana anda akan dipelawa ke lembangan Syurga oleh Malaikat Ridzuan.

Yang pasti akan melayan apa sahaja kemahuan anda.

Segala impian anda di dunia yang tidak kesampaian akan terlaksana

Semoga anda akan mencapai cita-cita itu

Bersama-sama insan tercinta di taman syurga nan abadi selama-lamanya…

Amin… semoga tuhan makbulkan permintaan ini

Tetapi dengan syarat!

Didunia ini anda mesti taat perintah Tuhan

Dan meninggalkan segala larangan-Nya

Berpegang teguhlah dengan Kalimah Syahadah

Tidak meninggalkan Solat dengan sengaja

Berpuasa di bulan ramadhan dengan penuh taat

Bayar Zakat apabila cukup syaratnya

Pergilah Haji jika mampu

Semoga pembacaan anda ini akan mendapat manfaat yang besar

Untuk anda berubah kepada yang lebih baik

Segala yang baik datangnya daripada Tuhan

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my