Deprecated: preg_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in
/home/server/mymasjid.net.my/modules/articles/article.display.php on line
51
Ada seorang wanita yang kaya, hartawan dan banyak ternakkannya. Suatu hari wanita ini telah menghadiahkan saekor kambing kapada Lukman Hakim, kemudian wanita ini berpesan kepada pesuruhnya ataupun orang gajinya, wanita itu pun berkata "Apabila kamu sampai kepada Lukman Hakim, setelah kambing itu disembelih, kau cakap dengan Lukman Hakim, aku minta kepada Lukman Hakim, tolong bagi kepada aku, apakah organ atau bahagian yang tidak baik yang ada didalam tubuh badan kambing itu, suruh dia bagi kepada aku, kerana aku nak makan".
Setelah kambing itu disembelih, Lukman Hakim pun mengambil lah sebahagian daripada hati kambing dan sebahagian daripada lidah kambing itu dibungkusnya. Di serahnya kepada pesuruh wanita itu tadi. Pesuruh wanita itupun bawalah balik dan diserahkan kepada wanita tadi.
Terperanjat wanita itu sebab didalam bungkusan itu dia tengok ada hati dan lidah kambing. "Hati dan lidah itu bagus dan baik, tetapi kenapa Lukman Hakim memberinya lidah dengan hati, sedangkan yang aku minta ialah benda yang tidak baik, organ yang tidak bagus". Takpelah kata wanita itu, dia pun masak, setelah dia masak dia pun makan.
Setelah dia makan dia pun berfikir "Kenapa Lukman Hakim memberinya hati dan lidah kambing, sedangkan aku meminta benda yang tidak baik".
Selang dua tiga hari, wanita itu memanggil pesuruhnya menangkap lagi saekor kambing dan berkata kepada pesuruhnya tadi, "Kamu bawalah kambing ini kepada Lukman Hakim dan kamu beritahu kepadanya, setelah disembelih, aku nak minta apakah organ yang baik, apakah bahagian yang baik didalam tubuh kambing ini dan beri kepadaku".
Lukman Hakim ini seorang yang bijak, setelah kambing yang kedua ini disembelih, diambil sebahagian daripada hati kambing dan sebahagian daripada lidah kambing itu dan dibungkusnnya. Kemudian diberi kepada pesuruh wanita tadi. Pesuruh itu pun bawalah balik dan beri kepada wanita itu.
Sekali lagi wanita itu terperanjat dan berkata, "Aku minta yang tidak baik, Lukman Hakim bagi hati dan lidah, aku minta yang baik, Lukman Hakim bagi hati dan lidah juga". Wanita itu pun masaklah, setelah dimasaknya dia pun makan dan berfikir, "Apa sebabnya aku minta yang tidak baik pun dia bagi hati dan lidah, aku minta yang baik pun dia bagi hati dan lidah juga". Wanita itu tidak faham apakah simboliknya, apakah pengajarannya, dan apakah sindirannya.
Akhirnya wanita itupun berjumpa dengan Lukman Hakim, setelah berjumpa dengan Lukamn Hakim, wanita itupun berkata, "Wahai Lukman Hakim yang bijak, aku pernah minta kepada kamu, apakah perkara yang baik yang ada didalam badan kambing aku nak makan, yang aku minta yang tidak baik pun kamu bagi hati dan lidah yang baik pun kamu bagi hati dan lidah. Apakah pengajaran dan apakah maksudnya?."
Lukman Hakim pun berkata "Yang paling mustahak, yang kita nak jaga didalam badan kita ini, ialah dua perkara, kerana hati itu ialah tempat iman kapada Allah, hati tempat keyakinan kepada Allah, hati tempat jatuh pandangan Allah, sedangkan yang lain tempat jatuh pandangan manusia. Utamakanlah tempat jatuh pandangan Allah, kita bimbang kalau hati kita ada sifat mazmumah, sifat sifat yang kotor, sifat sifat yang keji, takut iman akan keluar, hidayah akan keluar, sebab itu saya kirimkan kepada Puan hati, hati yang perlu dijaga".
"Dan begitu juga lidah, lidah lebih tajam dari mata pedang, dengan sebab lidah orang boleh bermusuhan, dengan sebab lidah orang boleh bercerai berai, dengan sebab lidah orang boleh binasa, dengan sebab lidah orang boleh memutuskan silaturrahim. Orang boleh berpuasa tapi lidahnya tidak dijaga, lidahnya suka mengumpat orang, suka membenci orang, suka mencaci orang, suka mengata orang, akhirnya Nabi saw. berkata dia itu ahli neraka. Maka dengan sebab itu bila Puan minta apa yang tidak baik, saya bagi hati dan lidah, yang baik pun saya bagi hati dan lidah, maknanya hati dan lidah ini kita jaga baik baik, insyaAllah kita selamat dunia dan selamat akhirat".
Barulah wanita itu faham, dia menganggok nganggokkan kepalanya dan menangis kerana dia sedar dan insaf, rupa rupanya selama ini, hati perlu dibersihkan dan lidah perlu dijaga.
Diskusi