Deprecated: preg_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in
/home/server/mymasjid.net.my/modules/articles/article.display.php on line
51
Pada suatu masa dulu, tinggal seorang ayah dan anak lelakinya. Ayahnya bekerja kampung dan mempunyai pendapatan cukup makan.
Si anak pula tak bekerja, sukar dikawal dan banyak membuat onar di kampung tersebut. Puas di nasihati bapanya tapi malang sekali tidak diikutinya.
Bapanya sedih kerana jika dia mati siapa yang mahu mendoakannya sedangkan dia tahu amalannya tak seberapa dan sedekahnya dari segi harta benda (amal jariah) tidak banyak memandangkan dia bukan dari golongan kaya. Dia mengharapkan anaknya menjadi seorang soleh yang boleh menjaga diri, bermaruah dan semestinya mengaji di kuburnya setiap kali pagi Jumaat supaya dapat memberi manfaat kepadanya sebagaimana tanggungjawab anak terhadap ibubapa.
Dia berdoa kepada Tuhan supaya anaknya berubah. Satu hari dia diberi satu akal untuk mengubah anaknya. "Anakku, setiap kali kau berbuat jahat, bapak akan pakukan satu paku ditiang seri ini, dan jika kau berbuat baik, ayah akan buangkan paku tersebut". Anaknya hanya mengambil sikap tidak peduli terhadap kata-kata bapaknya itu. Selang beberapa bulan, dia melihat di tiang tersebut, sudah penuh dengan paku-paku, dan dia tergamam dan terharu pabila melihat ayahnya berkali-kali cuba memaku paku terakhir ke dalam tiang seri itu.
Timbul perasaan insaf di dirinya, lalu dia bertaubat dan mula mendekati Allah. Dosa-dosanya ditinggalkan satu persatu dan ayahnya pula membuang satu persatu paku tersebut dan gembira dengan perubahan anak tunggalnya.
Selepas setahun, diperhatikannya bapak beliau membuang paku terakhir dalam keadaan cukup terharu. Dia tahu dia telah berubah tapi dia tak dapat menahan kesedihan melihat begitu buruk keadaan tiang seri rumahnya rosak kesan paku yang ditusuk bapanya.
Kata bapanya "walaupun kita telah berubah anakku, apa dilakukan kita akan diingati orang, kita berbuat baik pada orang tu, kita diingati sebagai berbuat baik, tetapi kita berbuat jahat terhadap orang lain pula, orang itu akan mengingati kejahatan kita, dan apalagi Tuhan. Istiqamahlah terhadap perubahan diri kamu dan berbaktilah terhadap masyarakat, kelak kamu akan dikenang sebagai orang berjasa."
Selepas beberapa tahun, bapanya meninggal, anaknya menjadi jemaah surau yang alim, dihormati dan berjasa kepada masyarakat setempat.
Setiap pagi Jumaat, beliau akan bertahlil dan membaca Yasin di atas kubur ayahnya.
Renung-renungkanlah dan jadikanlah teladan.
(maju bersama MY Masjid)
If u give a fish to a man, he will not feel hungry for a day, but if u teach him how to catch the fish, he will not feel hungry for his whole life.
Diskusi