Nukilan Utk Wanita Bergelar Isteri

Oleh abgtampin
2003-04-28 09:56:43

Deprecated: preg_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in /home/server/mymasjid.net.my/modules/articles/article.display.php on line 51
***ISTERI***
Tanpa cinta,isteri
adalah tmn tanpa pohon
adalah surat tanpa kata
adalah bibir tanpa senyum
adalah lagu tanpa bunyi

Tanpa airmata,isteri
adalah sungai tanpa badai
adalah mentari tanpa bayang
adalah mlm tanpa kelam
adalah jantung tanpa degup

Tanpa isteri,aku
adalah puisi mencari judul
adalah cincin mencari jari
adalah ombak mencari pantai
adalah cermin mencari pantulan

Terima kasih,Tuhan
kerana rahmatMu
yang selembut ini.


***Di sebalik kelembutanmu,isteri***

Isteri
di sebalik kelembutan
mata dan wajahmu
kutatap
harapan yang mekar
impian yang bersinar

Isteri
di sebalik kelembutan
tutur dan tingkahmu
kutatang
kuntum mlm yg mewangi
kembang pagi yg berseri

Isteri
di sebalik kelembutan
sentuhan & belaian
kutemui
mutiara cinta suci
permata kasih abadi

Isteri
di sebalik kelembutanmu
kubina kekuatan
mempertahankan kebahagiaan
rumahtangga.


***Setelah Mengahwinimu Kekasih***

Setelah mengahwinimu kekasih
semakin kukenali diri ini
segunung tanggungjawab yang menunggu
tak semudah ikrar yg kulafazkan dahulu
betapa sederet impian tak tergenggam
dek desakan keperluan
yg pelbagai & mahal

Namun kusanjung murni keredaanmu
memanjat syukur sekadar yg ada
dlm tenang menenun kesabaran
memahami hakikat kesulitan mencengkam
meskipun segugus impian yg terpendam
masih tak bisa kujelmakan.

Setelah mengahwinimu kekasih
semakin kufahami diri ini
kiranya lafaz janji dahulu
bersalut mainan perasaan cuma
barangkali dek keinginan yg membara
mahu menakluk lakaran cintamu
krn engkau bak unggas yg bebas
dan aku pemikat yg bimbang tertewas.

Maafkan!

Semua ni hasil nukilan Rosman Nordin, Nazim Mohd Subari & Mohd Kassim Mahmud.Utk para wanita yg tlh bergelar isteri,beruntunglah dgn kedudukan yg ada.Para suami terlalu mengasihi anda tanpa anda sedari.Beruntung juga menjadi wanita yg dpt membahagiakan suami dunia & akhirat.
May ALLAH be our guide & protector.

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my