Hadis Rasulullah S A W

Oleh 16097
2003-04-17 10:04:31

Deprecated: preg_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in /home/server/mymasjid.net.my/modules/articles/article.display.php on line 51
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
Tidak ada sembahyang yang lebih berat bagi orang-orang munafik melebihi dari sembahyang Subuh dan Isyak dan sekiranya mereka mengetahui keutamaan kedua-dua sembahyang itu nescaya mereka akan datang (berjemaah) walaupun terpaksa merangkak.

(Hadis disepakati bersama oleh Imam Bukhari dan Muslim).

--------------------------------------------------------------------------------

Kesimpulan Hadis:

1- Kelebihan sembahyang Subuh dan sembahyang Isyak secara berjemaah kerana waktu Subuh adalah waktu yang paling enak untuk tidur manakala waktu Isyak pula adalah waktu yang paling kuat mengantuk.
2- Bagi orang-orang munafik sembahyang Subuh dan sembahyang Isyak adalah merupakan sembahyang yang paling berat untuk dilaksanakan kerana sembahyang yang mereka dirikan adalah semata-mata kerana riak, bukan kerana ingin mengharapkan keredaan daripada Allah s.w.t.
3- Larangan keras supaya tidak berlengah-lengah pada dua waktu sembahyang ini supaya tidak terkeliru dengan golongan munafik

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my